Sabtu, 20 Julai 2013

Impian


       Semua orang nak naik pentas pakai camtu,ambik ijazah nak-nak dapat anugerah dekan termasuk aku sendiri.Dulu,aku selalu je berngan nak jadi doktor.Aku suka tengok kot putih yang selalu doktor pakai masa nak rawat pesakit.Yang pompuan nampak cun,yang laki nampak hensem.Aku suka tengok drama or filem yang ada watak doktor,lokasi penggambaran kat hospital,yang citer pasal penyakit dan penawar yang berkesan untuk penyakit berbahaya.Korang ingat lagi ada citer 'cinta medik' dulu? aku suka tengok citer ni,sejak aku tengok citer tu aku makin semangat nak jadi doktor.

     Aku mula berangan nak jadi doktor bedah,doktor pakar,nak jadi 'bos' kepada doktor muda,dapat pegang duit sendiri,ada kereta besar,rumah besar,bini besar tak la.Aku minat giler ngan subjek sains,dari sekolah rendah sampai sekarang.Tapi sekarang aku tak belajar pun subjek sains.Kenapa? bukan sebab aku tak lulus atau tak kredit sains tapi sebab aku ambik couse perniagaan.Mesti korang ingat aku gila kan sebab tak sambung dalam bidang sains je.Takpe. sebab kadang-kadang aku sendiri pun rasa aku ni gila sebab sambung study dalam bidang yang aku sendiri tak berapa nak suka sangat.

      Macam ni citernye,lepas PMR aku ada cakap kat parent aku yang aku nak pindah skolah,bapak aku okey je bagi green light,tapi mak aku boikot habis-habisan atas alasan bahasa arab penting.Yes, aku ambik bahasa arab padahal aku sendiri tak minat pun bahasa arab.Aku nak pindah sekolah bukan sebab aku tak suka bahasa arab tapi sebab sekolah tu takde sains tulin,biologi,fizik,kimia dan adik-beradik diorang yang lain.

      Masa tingkatan 4, aku rasa malas je nak gi skolah sebab aku keka stay kat sekolah tu.Yang paling buat aku meluat bila aku dapat cikgu sains yang pemalas tahap gaban,banyak kali kitorang terpaksa tunggu dia masuk padahal memang dia tak masuk mengajar pun hari tu.Kalau dia masuk pun,mengajar lebih kurang je.Dalam kelas dia banyak tengok handphone dia berbanding tengok kitorang buat kerja+tengok whiteboard.Sirius aku cakap yang aku meluat giler ngan mamat ni,bukan aku sorang je yang tak suka dia tapi semua student yang belajar ngan dia campur cikgu lain yang memang tak suka dia.Eh,stop la duk cakap pasal orang,dah la ni bulan puasa.

    Nak dijadikan cerita,aku terpaksalah ambik perdagangan dengan ekonomi asas masa tingkatan 4 ngan 5 sebab lagi satu kelas ambik add math ngan prinsip perakaunan.Aku tak suka math, camne aku nak ambik add math.Mak aku dengan selamba bomba suruh aku ambik add math? aku jadi bengang.Dengar math pun aku dah cuak giler kot sebab markah math aku setiap kali exam pasti menurun,last sekali tak lulus.Nasib baik abang aku tolong backup aku nak ambik perdagangan ngan ekonomi.Kiranya kelas aku kena banyak membaca,biarlah sebab aku lagi suka membaca berbanding mengira.Setiap kali cikgu math masuk kelas mesti aku akan jadi student yang paling pendiam,muka blur,dan paling bodoh dalam kelas(berbanding ngan student pompuan yang lain la).Apa yang cikgu tu ajar singgah sekejap je dalam otak aku.Aku terfikir,aku ni belajar tak berkat ke?ilmu tu akan keluar bersama ngan cikgu tu bila cikgu tu melangkah keluar.Aku yang tengah siapkan kerja yang dia bagi terus jadi blur.

    Dalam kelas perdagangan dan ekonomi asas pun aku bertukar jugak(bukan jadi ultraman,power rangers or adik-beradik yang lain).Aku akan jadi ceria sebab cikgu-cikgu tu ceria je masa mengajar walaupun penat layan kerenah budak-budak kelas aku yang gila-gila terutama aku.Aku mula sukakan subjek-subjek ni.

    Masa form 5,cikgu ekonomi tetap sama tapi cikgu perdagangan dengan cikgu matematik ditukar.Cikgu perdagangan aku tetap happening walaupun dah kawen n ada anak sorang tapi tetap cun dan happy go lucky.cikgu math?aku dapat cikgu pompuan yang paling garang kat skolah tu.Kalau dengar je bunyi kasut cikgu tu semua student akan diam.HEP sekolah pun takut ngan cikgu ni,cikgu ni bukan ada pangkat pun,hairan kan?

     Yang best belajar ngan cikgu matematik ni,aku mudah faham.Result aku yang biasanya tak lulus matamatik,terus naik mendadak.Walaupun aku tak dapat A dalam spm tapi aku rasa ni peningkatan yang cukup baik walaupun setakat B+(pendapat aku la,suka hati korang la nak kata aku bodoh lagi pun).

      Bahasa arab?aku tak tahu macamana aku boleh lulus,sebab terus terang aku cakap(bukan cakap la,aku tulis je)yang aku tak pernah lulus b.arab sebab kena buat karangan.Hari yang dapat result aku target b.arab aku G. gila kan? tahu tak sebab apa aku target camtu?sebab kawan aku yang selalu dapat markah tinggi dalam b.arab fail dalam subjek tu.Nak bandingkan aku yang memang tak pernah lulus mesti lagi teruk.Lepas aku tengok result terkejut jugak la aku lulus(nyawa-nyawa kucing yang kena langgar kereta la)tapi kawan aku yang menjadi student kesayangan ustazah tak lulus.Aku buat selamba je la sebab jiwa aku cakap"peduli ape aku ngan b.arab".

     Sains aku? mesti lah A(A je la,takde + or - sebab aku pun duk tengah-tengah,tak baik dan tak jahat).Cikgu sains aku pun tukar cikgu baru jugak(cun,tapi bini orang la),cikgu yang lama lelaki(x hensem pun,HANCUR ada la).Jahat jugak aku ni rupanya.

     Disebabkan aku tak ambik sains tulin ngan adek beradek dia yang lain,aku just boleh jadi nurse je kalau nak teruskan dalam bidang sains.(nurse???? no way)memang tak la kan aku nak jadi nurse,kena cakap lemah lembut,jalan kena ayu je,kena bersolek sikit(kalau tak makup bukan makin sihat pesakit,tapi terus mati kot)kena banyak senyum,aku memang susah nak senyum terutama waktu pagi.Dulu,masa kat sekolah kawan aku bagi aku komik sebab nak tengok aku senyum.Dia tu tahu je kelemahan aku.Aku memang mudah cair tengok komik.

     Aku takde pilihan lain melainkan terima je tawaran tempat ni(kalau tak mungkin aku jadi penganggur tak terhormat kat rumah).Aku bukan main pilih secara rawak atau undi(masa tu malaysia tengah demam pilihan raya),aku bandingkan yuran keseluruhan,kemudahan,jarak dengan rumah aku dan macam-macam la.Secara automatik aku terpaksa lupakan cita-cita aku yang suci lagi murni ibarat minyak masak murni nak jadi doktor pakar lah konon.

    Masa miggu aluan pelajar,abang sinior ada cakap yang 'Allah bagi apa yang kita perlu,bukan yang kita mahu'.Betul lah kot...? aku sendiri tak bole tahan ngan bau ubat camne aku nak rawat orang.. dalam kelas aku sekarang tak ramai pun,27 orang je(12 pompuan,yg lain korang kira sendiri).

      Aku terfikir boleh ke aku bertahan dalam course ni?? hmm... boleh la kot.. pensyarah sini cakap senang je nak lulus,kana datang setiap kuliah dan tutorial.Dah banyak rasanya aku duk merapu kat atas ni.Aku nak stop dulu la.kalau aku rajin,aku tulis lagi.

                                                                                  assalamualaikum......